Warga Bangladesh yang datang ke Malaysia begitu sinonim dengan pekerjaan dalam sektor ‘dirty, difficult, and dang3rous’ atau 3D.
Dalam mana-mana kerja pembinaan sekalipun, warga Bangladesh inilah yang membanting tulang setiap hari menjadi buruh kasar. Mereka sentiasa terdedah kepada persekitaran baahaya, bekerja di bawah terik matahari, dan terpaksa bekerja lebih masa.
Di mata kita, perkara ini sudah menjadi normal. Malah, ramai di antara kita menganggap warga Bangladesh sanggup bekerja dalam sektor 3D disebabkan mereka tidak mempunyai kelulusan dan tidak berpelajaran tinggi.
Tanggapan ini bagaimanapun tidak benar sama sekali.
Dr Goh Aik Ping, seorang doktor dari JB berkongsi satu pengalaman menarik di FB mengenai seorang pesakit warga Bangladesh yang dirawatnya tempoh hari.
Dengan memakai pakaian yang lusuh, siap dengan kasut binaan berwarna kuning ala-ala ‘Phua Chu Kang’, penampilan warga Bangladesh itu memang menampakkan dirinya sebagai seorang buruh binaan.Namun siapa sangka, sebenarnya dia amat mahir dalam terma perubatan moden.
Dr Goh menyedarinya apabila warga Bangladesh itu mampu menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan dalam istilah perubatan dengan tepat.
“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.
Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.
Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin, nama-nama kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.
“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya.
Akhirnya, identiti sebenar warga Bangladesh itu terjawab. Dia sebenarnya merupakan seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya. Malah, adiknya juga seorang doktor.
“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana,” katanya.
Luluh hati Dr Goh mendengar penjelasan beliau. Dia sanggup meninggalkan bangsa dan kerjaya sebenarnya, kemudian datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh binaan, sanggup bekerja di bawah terik matahari dan terdedah kepada baahaya, semuanya kerana kehidupan di sini lebih baik.
“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja,” tulis Dr Goh lagi.
Keadaan negara Bangladesh yang teruk dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai penduduknya berhijrah.Keadaan negara Bangladesh yang teruk dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai penduduknya berhijrah.
Apa yang terjadi kepada pesakitnya itu membuatkan dia tertanya-tanya bagaimanalah jika rakyat Malaysia berhadapan dengan situasi sama. Adakah kita akan survive?
Bagaimana agaknya nasib rakyat Malaysia jika negara sendiri berhadapan dengan ketidakstabilan politik. Adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, sanggup menjadi kuli dan buruh semata-mata untuk menikmati hidup yang lebih baik daripada negara sendiri?
Kita jika ada kelayakan dalam bidang farmasi mesti sudah mendapat pendapatan tinggi sekiranya bekerja dalam bidang tersebut. Tetapi tidak bagi mereka.
Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.
Sumber: says