Serangga ‘Tersesat’ Masuk Telinga Anak, Doktor Ini Kongsikan 5 Langkah Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Posted on

Mungkin anda sebagai ibubapa pernah mengalami kejadian seperti serangga masuk ke dalam telinga anak ketika mereka sedang tidur atau anak anda tiba-tiba mengadu mengalami sakit pada bahagian telinga. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kehadiran serangga yang masuk ke dalam telinga anak tanpa anda sedari. Perkara sebegini akan menyebabkan anda secara tiba-tiba menjadi panik.

Menerusi satu perkongsian di laman facebook milik Ahmad Luqman Bukhari, yang juga merupakan seorang doktor, beliau telah berkongsi beberapa langkah yang berguna untuk ibubapa mengatasi jika berlaku masalah seperti ini kepada anak mereka.

Siapa yang pernah tengok anak meraung sakit sebab ada ‘benda’ duk bergerak-gerak kat dalam telinga dia, mesti akan teringat sampai bila-bila.

Tiba-tiba je parent pun jadi panik, mati akal tak tahu nak buat apa bila terserempak keadaan macam tu.

Ni saya kongsikan 5 langkah penting nak kena buat kalau ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga si kecil kita tu:

1. Tolong tenangkan diri kita dulu kemudian baru tenangkan anak. Dalam situasi kecemasan apa sekalipun, jangan panik sebab kita tak kan boleh nak bantu orang lain bila kita pun gelabah sama.

2. Elak jolok masuk cotton bud atau besi pengorek ke dalam telinga anak kita tu. Risiko saluran telinga tercedera jadi amat tinggi. Serangga tu pun mungkin akan tertolak masuk lebih jauh ke dalam.

3. Cepat cepat titiskan minyak zaitun atau baby oil ke salur telinga tu untuk kita lemaskan serangga kat dalam tu. Kalau biar lebih lama risau komplikasi lain berlaku.

4. Sekiranya mak ayah boleh nampak serangga tu kat hujung luar saluran telinga, keluarkan terus pakai jari kita atau gunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.

5. Terus je ke hospital selagi mana serangga tu masih ada kat dalam telinga si kecil tu. Walaupun dah mati, tapi ia tetap boleh akibatkan jangkitan kat dalam telinga jika tak dikeluarkan.

Bantu saya #sebarkan tips penting ni pada semua mak ayah ye. Kesian kat si comel yang kesakitan sebab parent tak berapa pasti apa yang nak kena buat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.