Heboh di media sosial sejak beberapa hari lalu kononnya, suami kepada instafamous sensasi, King Coco iaitu Kapten Azrin dikatakan sudah berpisah dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Nor Azura.
Malah, menerusi bio Instagram wanita terbabit yang tertulis ‘single mom’ ia menguatkan khabar angin yang bertebaran.
“A single mother has a backbone made of steel and a heart made of gold”.
“Dear zura…..semoga kita terus kuat membesarkan anak2..xmo nangis2..n dimurahkan rezeki ..ape pun terjadi ade hikmah disebaliknya..akk sayang zura….nanti kita celeb8 beday putri same2 k..love u !! Pssstt ..akk sentiasa jd pendengar setiamu…hahhaha,” tulisnya sambil disusuli tanda palang #singlemotherhood #singlemomlife #dakcomel #allahada #alhamdulillah
Lalu posting tersebut turut menerima reaksi pelbagai dari netizen yang turut bertanya mengenai kesahihan khabar angin terbabit. Sementara itu, menerusi bio Instagram King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail pula ada tertulis ‘I dont complete, but im conquered’.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kenyataan tersebut merujuk terhadap mana-mana perkara.
Terdahulu, Zura menerusi Instagram awal semalam turut ada berkongsi beberapa keping foto bersempena dengan ulang tahun salah seorang anaknya yang keenam tahun.
Apapun, jangan mudah membuat sebarang spekulasi selagi tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan dari si empunya badan. Harap dan doakan yang terbaik buat mereka.
Foto: Instagram Zura, Intan & King Coco
Zura kena cerai ka?
Di ruangan komen pada posting tersebut, netizen telah mendedahkan bahawa Zura telah diceraikan Kapten Azrin, dan seterusnya mengesahkan bahawa kini King Coco tidak lagi bermadu, malah bergelar isteri Kapten Azrin sepenuhnya.
Oh, patutlah Bio IG Coco tulis ‘Not compete but conqured’?