Mungkin ada segelintir kaum Hawa yang mahu berubah ke arah kebaikan, namun terdapat banyak halangan dan kekangan yang mereka hadapi. Jadi, Noorkhiriah ada berkongsi nasihat buat netizen khususnya kaum wanita di luar sana yang mahu berubah menjadi individu yang lebih baik.
“Dalam idup ni jgn drastik takut turn back..mcm akak mendaki dik,selow2..even sampai skrg masih pakai jean keding..cuma try cari baju labuh..jiwa noty dik,bkn lahir2 terus suci..idok..nak gak rasa sekalisekala..pas rasa dahlah..pastu plahan2 kita menutupi apa yg wajib..
“Pasai wanita ni kalu akak x silap kain kafan 7 lapis..bagi akak..aurat wanita ni hebat dik..sori2..akk tak pandai,jahil lagi cuma bkongsi sskit apa yg tau..kkdg akak kelaut..tp cepat2 naik blk..hadeh..maaf kalu ada tsilap kata dlm karangan akak ni yerr..
“Kita idup ni bukan atas dasar nak puaskan hati org..mmg sampai kena kapanlah takkan puas..puaskan hati sendiri je dik..& kena ingt tak smua org suka kita..wat baik kena,wat jahat apatah lagi..maka hidup kena jalan terus..
“Jadikan semalam tu hujan lebat..pasai lepas ujan kdg2 Allah turunkan PELANGI,” tulisnya lagi. Untuk rekod, Khiriah mula menyarungkan hijab pada Mei 2011. Semoga Khiriah istiqamah dan sukses dalam apa jua bidang!
SUMBER : MH
“Kalau Saya Sibuk Menjaga Aurat Sendiri Takkanlah Sesuka Hati Nak …
Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, berkata, dia cuba untuk mengelak daripada menayang aurat wanita lain di laman sosial Instagramnya.
PELAKON Noorkhiriah menjelaskan dia tidak memuat naik foto bersama pelakon utama watak Nur iaitu Amyra Rosli disebabkan ingin menjaga aurat wanita itu.
“Kalau saya sibuk menjaga aurat saya takkanlah sesuka hati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini.
“Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk elak mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya,” ujarnya.
Noorkhiriah menjawab pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan mengapa dia hanya memuat naik foto bersama pelakon yang membawakan watak Ustaz Hamadi iaitu Azhan Rani berbanding heroinnya Amyra Rosli.
Tambahnya, dia akan meminta izin dahulu kepada mana-mana wanita yang tidak menutup aurat jika terdapat dalam video atau foto yang ingin dikongsi di laman sosialnya.
Noorkhiriah membawa watak Aishah dalam drama popular Nur yang ditayangkan pada Ramadan tahun lalu.
Katanya, dia tidak mahu menambah dosa jika melakukan perkara berkenaan.
“Jangan main-main, sehelai rambut pun tetap akan diazab hanya kerana tak fasal-fasal dosa saya bertambah. Sudahlah saya ini pendosa yang ingin ke syurga. Ingat syurga ini murah?,” ujarnya.
Drama Nur 2 sedang menjalani penggambaran yang turut melibatkan beberapa pelakon popular lain iaitu Syafiq Kyle, Datuk Jalaludin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.
Dikecam Lakonkan Babak Intim Dengan Fendy Bakry, Amyra Rosli Tak Kisah
Pelakon cantik, Amyra Rosli tak kisah apabila ada kritikan yang mengecam dirinya yang menjayakan babak intim bersama pelakon Fendy Bakry.
Drama bersiri lakonan Amyra dan Fendy, Kan Kukejar Cinta Kamu sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama.
“Saya akui, drama bersiri ini memerlukan saya melakonkan babak-babak mesra dengan Fendy, seperti contoh, babak berdua atas katil.
“Babak atas katil tu, mungkin di kaca televisyen nampak agak rapat tapi sebenarnya kami duduk berjauhan. Teknik kamera digunakan untuk merealisasikan babak itu agar ia kelihatan natural.
“Babak menari dan beberapa babak lain yang memerlukan karakter kami berdua berada sangat rapat pun digantikan dengan orang lain.
“Saya tak kisah bila ada orang bercakap kerana apabila suami dan keluarga saya tahu cara kami bekerja, itu sudah memadai. Asalkan mereka mengetahui situasi sebenar,” kata Amyra.
SUMBER:MSTAR&GEMPAK