Harian Metro melaporkan Sepasang suami isteri yang melemparkan komen biadap terhadap institusi diraja menerima padah apabila mereka digantung sementara kerja oleh majikan masing-masing.
Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook sebuah firma perundingan, PEMANDU Associates memandang serius perkara ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sebelum ini tular di media sosial berkaitan pemilik akaun laman sosial bernama Alia Astaman, yang merupakan seorang pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tanpa rasa bersalah menimbulkan kemarahan orang ramai atas tulisannya menghina Yang di-Pertuan Agong.
Eksekutif Strategi dan Transformasi TNB itu dikatakan bersama seorang lelaki dipercayai suaminya menulis komen yang menghina peletakan jawatan YDP Agong.
Sementara itu, TNB telah mengesahkan perkara itu mengemukakan permohonan maaf di atas perbuatan kakitangannya.
“TNB telah pun menerima aduan mengenai kenyataan yang dibuat melalui akaun media sosial salah seorang pekerja kami.
“TNB adalah syarikat yang mengutamakan nilai nilai murni dan integriti tinggi. Kami tidak menggalakkan kelakuan sebegini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.”
“Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.”
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan itu dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kenyataannya berbaur kebencian dan menghasut terhadap keluarga diraja dan sistem monarki di negara ini. Adalah tidak patut dan biadap, maka diharap tindakan tegas diambil,” tegas seorang pengguna facebook.
Tindakan wanita itu menjejaskan reputasi firma berkenaan kerana menggajikan pekerja yang tidak beretika.
“Jika layak dibuang harus dilakukan segera. Perkara ini sangat tidak bermoral bagi seorang Melayu yang hidup dalam masyarakat bermonarki sejak sekian lama,” kata pengguna itu lagi.
Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang kakitangan Cisco Asean menghina YDP Agong dengan kenyataan yang tidak sepatutnya. Difahamkan mereka telah memecat pekerja tersebut kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, susulan menerima tekanan daripada orang ramai.
Kedua-dua kenyataan menghina tersebut dibuat selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, mengumumkan perletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Ahad lalu.
Komen netizen di media sosial mengecam tindakan suami isteri itu.
Sumber: Cokelatputih