Kontroversi perceraian Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Muhammad V menjadi bualan hangat selepas peguam sultan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak peguam Rihana.
Menerusi Instagram, Oksana menafikan sekerasnya berita tersebut dan menyifatkan ianya sebagai provokasi. Jelasnya lagi, dia tidak pernah menerima sebarang surat perceraian.
Baca :Rihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA
Katanya lagi, suaminya tidak akan bertindak sedemikian tanpa pengetahuannya dan akan mempertahankan maruah keluarganya serta tidak hanya akan berdiam diri.
“Ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah. Suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya.
“Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya,” tulisnya.
Terdahulu, Rihana Oksana mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan apabila peguam Koh Tien Hua mempersoalkan bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi tersebut.