Suratan Atau Kebetulan. Wanita Terkejut Tunang Muncul Dalam Gambar Lama Waktu Masih Kanak-kanak

Posted on

Pepatah suratan atau kebetulan sering kali digunakan bagi menggambarkan kejadian yang tanpa tidak disengajakan sama ada melibatkan ajal, jodoh atau rezeki. Tidak kira ianya melibatkan hal yang baik mahupun tidak baik.

Sementara, kebetulan yang romantis pastinya merupakan satu pengalaman berharga dalam hidup yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Kebetulan yang tidak disangka-sangka juga mampu membuatkan mereka yang mengalaminya merasa berderau atau meremang bulu roma. Bukan semua dapat merasainya.

Bagi Verona Koliqi, yang berasal dari Kosovo tetapi tinggal di United Kingdom sedang membelek gambar-gambar lama keluarganya ditemani tunangnya, Mirand Buzaku.

Tiba-tiba Mirand menyedari sesuatu yang aneh pada sekeping gambar Verona dan keluarganya yang melawat sebuah pantai di Montenegro sedekad yang lalu.

Setelah mengkaji gambar itu yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang tersenyum di pantai, rupa-rupanya seorang budak lelaki memakai baju T-putih dan berselur pendek di atas pelampung kuning di belakang kumpulan kanak-kanak berkenaan adalah tunang Verona, iaitu Mirand.

Verona memberitahu Yahoo Lifestyle bahawa dia dan tunangnya tidak menyangka budak lelaki di atas pelampung itu adalah Mirand, yang kebetulan melawat pantai yang sama pada masa yang sama iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

” Tunang saya berkata, ‘Eh, saya rasa itu (gambar) saya!’” Kemudian kami berdua saling memandang dan berkata, ” Tak mungkin, tak mungkin ia betul,” katanya.

” Saya tak pernah tahu sesuatu seperti ini boleh berlaku, walaupun saya pernah dengar kata-kata ‘anda akan bertembung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali sebelum anda akan benar-benar bertemu’,” katanya.

Walaupun takdir menentukan pasangan itu tidak berkenalan di pantai itu ketika mereka masih kanak-kanak, tetapi mereka bertembung semula di Kosovo bertahun-tahun kemudian. Pada masa itu Verona tinggal di London.

Mereka bertunang di Turki setahun kemudian.

Verona berkongsi foto zaman kanak-kanaknya yang penuh bermakna itu di Instagram awal bulan ini dan ia mendapat puluhan ribu tanda ‘suka’ dan beratus-ratus komen.

Ramai berpandangan bahawa foto membuktikan pasangan itu ditakdirkan untuk bersama, terdapat juga netizen yang berkongsi kisah ‘kebetulan’ yang berlaku pada mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. suaraviral

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.