“Tahun Ini Sepatutnya Kita Sambut Raya Bersama Anak”

Posted on

Aidilfitri tahun ini pastinya sangat berbeza seperti tahun lalu buat balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah. Menerusi Instagram, Hidayah meluahkan rasa sedih menyambut hari raya tanpa suaminya disisi.

Hidayah berkata dia sangat rindukan arwah Abam dan setiap kali hari raya pasti suaminya itu yang paling sibuk dengan persiapan raya. Lebih meruntun jiwa, Hidayah berkata anaknya tercari-cari dan memanggil-manggil bapanya.

“Saya tak dapat nak gambarkan betapa sedih dan sayu apabila melihat wajah anak kecil kami, Hamzah yang baru pertama kali ingin menyambut hari raya bersama-sama tapi ayahnya sudah tiada.

“Persiapan raya untuk tahun ini sekadar untuk Hamzah saja sebab tahun pertama dia. Saya belikannya baju raya, songkok, tanjak dan sampin. Dia suka sangat tapi dalam kesukaannya itu, dia tetap menyebut ‘ayah’ ‘ayah’. Hanya Allah yang tahu perasaan saya,” katanya.

Kata Hidayah lagi, lebih pilu tahun ini sepatutnya mereka pertama kali beraya bersama anak kesayangan mereka, Syed Uthman Hamzah kerana tahun lalu anaknya masih dalam kandungan lagi.

“Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ini sekelip mata arwah tinggalkan kami. Terasa sedih dan sayu sangat hati ini. Tak dapat nak gambarkan bila pagi raya pakaikan baju Hamzah, terasa pilu sangat.

“Sayang sedih sangat abang sebab tahun ini sepatutnya kita sambut hari raya sama-sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu meninggalkan kami,” katanya.

Hidayah dan Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan, mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah kini berusia setahun.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.