“Tak Terkejut Bekas Suami Minta Kurangkan Nafkah” – Elly Mazlein

Posted on


“Mana Cukup Nafkah Anak RM500 Sebulan”

Perbicaraan kes penceraian Elly Mazlein nampaknya masih belum selesai apabila bekas suaminya, Azmi Hatta meminta pengurangan nafkah yang diminta sebanyak RM1500 kepada RM500 sebulan. Mendengar permintaan bekas suaminya yang tidak masuk akal, Elly hanya ketawa.

“Bayangkan bayaran untuk suntikan imunisasi anak saja sudah mencecah RM400 sebulan. Ia belum termasuk kos sara hidup lain seperti bil hospital ketika anak sakit, lampin pakai buang, insurans dan sebagainya”

“Sebenarnya, saya sudah tahu permainannya. Sebab itu saya hanya ketawa ketika majlis sulh selesai, hari ini. Saya juga tidak boleh terima alasannya (Azmi) untuk meminta pengurangan bayaran nafkah anak kami itu kerana tidak mampu,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Dengan itu masih tiada kata sepakat dapat dicapai pada majlis sulh petang tadi dan kes ini akan dibicarakan semula depan hakim pada 8 Ogos nanti. Majlis sulh telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada jam 2.30 petang semalam dan dihadiri Elly dan Azmi.

Khabarnya juga pengurangan jumlah nafkah yang diminta Azmi kerana beliau ingin menampung kos bayaran motorsikal berkuasa tinggi berjumlah RM1150 yang dibelinya. Patutlah Elly ketawa mendengar permintaan pengurangan jumlah nafkah, memang kelakar juga alasannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.