Kisah disantau orang terdekat bukan lagi asing dan sudah biasa kita dengar berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Benarlah kata orang tua, rambut sama hitam, hati lain-lain. Betapa rapat pun kita dengan seseorang, kita tidak mengetahui isi hatinya.
Di sinilah terletaknya hikmah mengawal apa yang kita kongsi di media sosial – menghindari diri kita dari individu yang iri hati.
Pun begitu, ia sukar dielakkan apabila orang terdekat yang menjadi hasad. Seorang ustazah, Ustazah Nazirah Abd Rahim, berkongsi kisah seorang pesakit yang disihir oleh rakan sekerjanya sendiri. Beliau turut berkongsi doa untuk kita jadikan amalan bagi menghindari hasad dengki.
Kisah pesakit ini. Kisah awalnya disihir kawan sekerja. Beringatlah kita “ain” jahat dari hati yang hasad ni.
Kandungan
- 1 “Kawan baik jadian”
- 2 Bermula kerja tempat baru tak sampai sebulan, jiwanya jadi kacau. Telinga tak dengar apa dah, hanya dengar bunyi loceng saja. Berdesing saja.
- 3 Bismillahillazi la yadurru maasmihi sayiun fil ardhi fis samaa whuwassamiul alim
- 4 Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
“Kawan baik jadian”
Kawan baik jadian ini sangat baik. Pergi kerja makan sekali. Pergi bercuti sekali. Makan dibelanja “kawan baik jadian”.
Selalu keluar makan sekali dengan “kawan baik jadian”. Kawan baik jadian selalu tanya khabar sibuk kononnya ambil berat pasal dia.
Kawan baik jadian suka beri makanan. 10 tahun bekerja di syarikat gergasi. Jawatan naik dan naik.. Jadi bos.
Kawan baik jadian suka ajak keluar jalan-jalan, makan-makan lagi kerap. Kawan baik jadian terlepas cakap selalu pergi Thailand, katanya jumpa kawan.
Tahun ke-8, mula sakit-sakit dan kerja malas. Tengok kawan-kawan dan bos jadi menyampah. Nak cari gaduh dengan bos saja.
Makin sayang pada kawan jadian.
Jiwa jadi stress. Kepala pening. Teliga berdesing sahaja. Mula mimpi buruk. Mimpi ngeri.
Akhirnya tahun ke -9 beliau dipinang syarikat antarabangsa gaji dua kali ganda besar. Kerja 3 bulan boleh beli rumah sebiji di KL.
Pesakit dapat tawaran kerja tu dan dia mula pergi kerja baru.
Bermula kerja tempat baru tak sampai sebulan, jiwanya jadi kacau. Telinga tak dengar apa dah, hanya dengar bunyi loceng saja. Berdesing saja.
Kepala tak boleh fikir apa apa. Malas, sakit dan menangis sahaja jika nampak komputer dan kerja.
Mulalah episod berhenti kerja dan jadi gangguan teruk. Murung. Nangis sendiri dan kehidupan dah seolah dirampas.
Berubat sekian lama dengan ustaz, akhirya lepas dua tahun Allah izinkan jumpa perawat boleh jumpa penyakitnya iaitu saka dan sihir teruk.
Dan kali pertama jin (dalam badan pesakit) bercakap “siapa yang sihirkan”. Sebelum ini diam dan tidur sahaja. Semua dengan izin Allah. Apapun persoalan, kita boleh percaya?
Jin ni 100 tipu 1 ja betul dia cakap. Jadi tetap kita fokus pada Allahlah kesembuhan. Usah kita percaya taasub pada kata kata jin (ustazah tambah sebab takut ada yang salah faham) asal perkongsian ustazah nak ringkas sahaja.
Selalu ustazah akan maklum pada pesakit. “Kita tak tahu siapa dan Allah sahaja yang tahu. Niat kita hanya mahu ikhtiar kesembuhan penawar Al Quran. Selain itu milik Allah.”
Bermula rawatan dan perjuangan bermula. Hikmahnya Allah nak kita makin dekat dengannya.
Berhati-hati dengan kawan. Berpada pada. Banyakkan berhati-hati.
Amalkanlah pendiding mudah ustazah kongsikan sebelum pergi kerja.
Pendinding mudah,
Bismillahillazi la yadurru maasmihi sayiun fil ardhi fis samaa whuwassamiul alim
Baca 7 kali sebelum melangkah keluar. Dah habis baca baru langkah keluar.
Yang niat jahat, dia akan tak senang duduk. Dan Allah akan beri petunjuk jika ada niat jahat. Tak semestinya sihir. Dengki. Tipu. Niat tak baik juga insyaAllah, Allah berikan petunjuk.
Amalkan konsisten kerana Allah. Kita akan jadi hamba beriman insyaAllah.
Sumber: Ustazah Nazirah Abd Rahim
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.