Tengah Baca al-Quran Tiba-tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja

Posted on

Nak cari kerja dah lah susah. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang. Bapa ni pula tergamak buat macam ni dekat anak dia, semata-mata sebab anak dia tak dapat kerja?

Menurut Utusan, seorang bapa yang berasal dari Perak telah memukul kepala anaknya menggunakan tukul besi kerana kecewa anaknya menganggur walaupun ada degree. Ingat senang ke nak cari kerja?

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa wanita itu dimaklumkan kepada polis oleh Hospital Parit Buntar pada pukul 7.25 petang.

“Mangsa yang sedang mengaji al-Quran itu telah didatangi bapanya yang baharu pulang bekerja dan lelaki itu yang merupakan tukang rumah telah memukul mangsa di kepala secara tiba-tiba.”

Selepas melihat anaknya cedera parah, bapa ini mula mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepala ke dinding rumah dan menyebabkan dia mendapat lima jahitan di kepala dan retak tulang tangan kiri.

Sumber: Utusan

Namun korang tak payah risau kerana wanita malang ini sedang mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Bapanya pula telah ditahan oleh polis semasa menjalani rawatan di hospital.

Harapnya wanita ini baik-baik saja dan cepat sembuh. 

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.