Tidak lama lagi, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan single terbaru beliau berjudul Bobo Di Mana nyanyian bersama Nur Sajat dan turut menampilkan selebriti Indonesia yang penuh kontroversi tentang status jantinanya iaitu Lucinta Luna.
Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, lagu tersebut sudah mendapat reaksi negatif daripada netizen lebih-lebih lagi selepas Aliff memuat naik video tarian beliau yang agak ‘gedik’ bersama Sajat dan Lucinta.
Rata-rata netizen mengakui merasa malu melihat aksi yang terlampau dan meloyakan itu. Mereka menganggap Aliff bukan sahaja menyokong tetapi mempromosikan golongan LGBT. Malah, ada yang mengatakan tindakan Aliff itu mengundang lagi maksiat kerana aksi Sajat dan Lucinta yang berpakaian seksi.
Pernah dianggap sebagai idola dalam bidang perniagaan sebelum ini, segelintir netizen sudah hilang rasa hormat mereka terhadap jutawan kosmetik itu yang sebelum ini disegani dan dikagumi ramai kerana kejayaan beliau.
Walaubagaimanapun, jumlah tontonan video itu semakin meningkat naik meskipun menerima pelbagai kecaman. Apa pula komen korang?