Tiada Kes Tempatan, Hanya 3 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kes Pulih Dilaporkan Hari Ini

Posted on

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,486 bersamaan 97.8 %.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 3 kes baharu jangkitan Covid-19 yang telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,677 kes . Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 70 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini. Ketiga-tiga kes baharu adalah kes import di kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara. Sehingga kini terdapat dua kes Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya lagi, tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.