“Umi pernah buang saya dari hidup dia bila saya buat silap..” – Akhirnya Aliff Aziz meluahkan perasaan. Hati Ibu mana yang tak sedih..

Posted on

KUALA LUMPUR – Tiga hari selepas membuat pendedahan kecurangan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa curang bersama pelakon Octovia Manrose, Bella Astillah kini memaafkan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangganya.

Terkini, Aliff Aziz turut bersuara setelah sekian lama mendiamkan dirinya. Beliau memohon maaf.

Dalam pengakuan Aliff tersebut, dia turut memohon supaya ibunya tidak disalahkan dalam hal ini saat memuatnaik pesanan. Menurut nya pesanan nota dalam laman IG hanyalah secara umum.

Aliff juga turut mengaku, ibunya tidak bersetuju dengan tindakan beliau selama ini. Malah beliau juga pernah dipulaukan oleh ibunya.

Isteri Aliff turut meluahkan rasa bersyukur dengan perkembangan terkini.

Ibu muda berusia 23 tahun itu lega apabila mengetahui kebenaran tentang status hubungan Aliff dan Octovia, bahkan kedua-duanya telah berani bersemuka untuk mengaku kesalahan dan meminta maaf.

“Saya maafkan yang terlibat sebab saya hanya ingin kejujuran.

“Memang akan terasa pedih dan terluka. Kita sebagai manusia penuh dengan kesilapan. Sebagai manusia hanya maaf yang perlu diungkap,” kata Bella melalui tulisan panjang lebar di Instagram.

Tambahnya lagi, hanya dia yang tahu kebenaran dan apa sebenarnya yang berlaku.

“Daripada menegakkan benang yang basah apabila kesalahan secara terang-terangan tetapi tidak mengaku membuatkan saya kecewa dan marah, sebab saya sahaja yang tahu kebenaran,” jelasnya.

Terang wanita itu lagi, ramai yang memintanya untuk berkongsi video kecurangan suaminya, bahkan ramai juga yang menuduhnya menabur fitnah.
“Saya tidak akan sesuka hati ikut emosi untuk post (muat naik sesuatu) tanpa bukti tapi setelah saya fikir, lebih baik saya tunjuk kepada keluarga dan yang terlibat sahaja.

“Maaf kepada yang tersinggung dengan cara saya berkongsi masalah ini. Tapi, setiap manusia ada pelbagai cara untuk meluahkan, mengendalikan kerana apa jua masalah, kita tidak ingin orang jadi seperti kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bella mengakui reda menerima ujian yang melanda rumah tangganya dengan hati yang terbuka.
“Dalam hidup ini, selepas ujian adalah ujian. Itulah lumrah alam. Saya bukan secerdik dan sepintar rata-rata manusia lain. Saya adalah diri saya.

“Saya juga manusia biasa yang pasti buat kesilapan. Semoga ramai menjadikan apa yang berlaku sebagai iktibar. Sekarang saya perlukan masa dan ketenangan untuk berbincang dengan ahli keluarga,” jelasnya.

Beberapa hari lalu, Bella membuat pendedahan melalui Instagram tentang kecurangan Aliff dengan Octovia Manrose melalui maklumat yang diterima daripada seorang pengikut di laman sosialnya.

Sumber – K! ONLINE, IG Bella Astillah & Alif Aziz

Via celotehsaje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.