Pagi ini kita digemparkan dengan berita ‘kurang enak’ daripada hero kita, Encik Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang.
Beliau menulis satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi tentang kes kehilangan sebuah kerusi roda elektrik milik seorang asnaf yang dibantunya, Uncle Daud.
“Kami akan cari kamu, kami tahu siapa yang curi.
“Curi kerusi roda elektrik daripada seorang yang cacat, orang yang curi ini si Daud pun kenal,” dakwa Uncle Kentang.
Sama-sama kita doakan agar kes ini selesai dengan segera demi kebaikan semua.
KAMI AKAN CARI KAMU… DAN SAYA TAHU SIAPA YANBG CURI… BAIK KAU MENGAKU DAN CALL AKU 019 2316666. SEBELUM AKU DAPAT KAU…
Kerusi eletrik Uncle Daud sudah di curi oleh saudara sendiri. Sial betul… ada yang tak betul ini… kena siasat dan buat repot polis…. SAYA SURUH TEAM HAMBAT DAN CARI MKERUSI ELEKTRIK RODA ITU …. Daud kau jangan takut… kalau betul yang maklumat saya terima itu… kerana kau tau siapa yang mencuri… dan ugut kau… saya tak tahu apa yang saya akan lakukan keatas si durjana yang buli kau tu…, memang sial benggong… curi kerusi roda eletrik dari seorang yang cacat… ORANG YANG CURI INI SI DAUD PUN KENAL…