Menjaga dan membela haiwan peliharaan tidak kira apa juga jenisnya memerlukan penjagaan yang teliti. Seperti anjing dan kucing yang perlu diberikan vaksin bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Penjaga juga perlu sentiasa peka akan perubahan pada haiwan peliharaan. Tetapi berbeza dan lebih rumit menjaga haiwan yang berada di dalam air seperti ikan . Hal ini kerana, sukar untuk kita lihat perubahan kondisi terhadap ikan peliharaan.
Tanda Ikan Akuarium Anda Sedang ‘Sakit’
Oleh itu, untuk semua penghobi ikan, ikuti perkongsian dari Dr Fitri Yusof yang menerangkan 5 tanda ikan akuarium anda mungkin sedang sakit. Ikuti perkongsian beliau
5 TANDA IKAN AKUARIUM ANDA SAKIT (SIRI 1)
Ini nota khas untuk anda yang memelihara ikan di dalam akuarium.
Akuarium, menggunakan sistem penapisan dan air yang dikitar semula. Peranan sistem penapisan sangat-sangat penting dalam memastikan kualiti air terjaga.1/7 pic.twitter.com/kBZEWMO2IF
— Fitri Yusof (@drfitriyusof) July 3, 2020
2. Tak makan - Ikan yang sakit takkan makan. Ya ikan juga mogok lapar. Tapi bezakan ikan sakit yang tidak mahu makan dengan ikan yang normal tapi anda bagi makan lebih-lebih. Membazir itu amalan syaitonn!
3/7
— Fitri Yusof (@drfitriyusof) July 3, 2020
4. Bengkak mata - Ikan yang matanya bengkak menandakan ada masalah pada mata. Bukan sebab putus cinta menangis siang malam, tapi ada jangkitan atau dia bergesel selalu pada dinding akuarium.
5/7
— Fitri Yusof (@drfitriyusof) July 3, 2020
Share dan follow saya untuk info akuakultur dan marin
Dr Fitri Yusof,#doktorikan#fishybusiness#ikansakit
— Fitri Yusof (@drfitriyusof) July 3, 2020
Sumber: Dr Fitri Yusof