Uqasha Senrose Tak Seksi, Ia Aset Kurniaan Tuhan – Hefny ( BF Uqasha )

Posted on

Baru-baru ini pelakon wanita berkenaan dikecam kerana pakaiannya yang disifatkan oleh warga laman sosial sebagai seksi. Kenapa ? Seksi sangat ke ? Tidak tahulah mengapa ramai sungguh yang kurang senang dengan apa saja yang dilakukan Uqasha Senrose.

Menurut kekasih hati Uqasha iaitu Hefny Sahad, apa yang digayakan oleh Uqasha tidaklah seksi malah tidak mendedahkan tubuh badan. Jika diikutkan ramai lagi selebriti yang bergaya seksi sebenarnya.

“Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya”

“Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Tambah Hefny, dia yakin bahawa Uqasha yang sudah menceburi industri seni tanah air sekian waktu mampu untuk menghadapi menghadapi tekanan dan dalam masa yang sama dia turut memberikan semangat kepada Uqasha.

Mahu buat macam mana, laman sosial membuatkan semua orang bebas berkata-kata. Bukan saja selebriti, orang kebiasaan juga turut terbuka dengan ancaman yang sama. Kuatkan mental dan hiraukan saja mulut orang.

sumber : karipedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.