Video Aliff, Afifah Nasir Berpimpin Tangan Tersebar

Posted on

Masih lagi panas kisah Aliff Aziz yang memukul isterinya, Bella Astillah di pusat hiburan kerana setelah isterinya menyerbu lokasi berkenaan, kini tersebar pula video di laman sosial yang menunjukkan susuk tubuh lelaki dan wanita berpegangan tangan dan juga video pendek pertelingkahan yang berlaku.

BACAKantoi Di Pusat Hiburan, Aliff Aziz Belasah Isteri

Perkara tersebut menjadi lebih hangat apabila adik Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir didakwa sebagai wanita yang keluar dengan Aliff. Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, kini tersebar sebuah video yang berkemungkinan dirakam daripada rakaman kamera litar tertutup di premis tersebut.

Selain itu, terdapat satu lagi rakaman video pendek yang mempunyi suara yang menyoal individu dipercayai di dalam bilik karaoke tersebut.

Selain itu, Anzalna turut menyuarakan pendapat bahawa apa yang tersebar kini hanyalah daripada satu pihak saja manakala Bella pula mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh Afifah sehingga suaminya itu tergila-gilakan wanita tersebut.

Kita tunggu perkembangan terbaru kisah ini. Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan tenteram.