(VIDEO) Kandungan di dalam cecair reriang tersebut rupa-rupanya… – ini menurut pakar

Posted on

KOTA BHARU : Air dari pokok petai yang didakwa ‘menangis’ di Kampung Kg Petani, Sering, dekat sini, disahkan berpunca daripada air kencing sejenis serangga iaitu riang-riang atau reriang. Haiwan ini adalah sejenis serangga yang juga dikenali sebagai cicada atau tonggeret.

Serangga berkenaan gemar hinggap pada pokok secara berkumpulan dan mengeluarkan bunyi bingit pada waktu siang.

Sumber Jabatan Pertanian berkata, riang-riang terutamanya yang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat sekali ketika dalam proses mengawan.

“Air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai berkenaan ialah air kenc*ng riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah besar.

“Ia mengandungi sperma riang-riang jantan untuk proses persenyawaan dengan benih riang-riang betina,” katanya.

Kenyataan itu mungkin berasas kerana tinjauan pihak kami yang membuat tinjauan sekitar pokok petai itu pada waktu siang dengan jelas mendengar bunyi serangga berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga penduduk mempersoalkan ‘air hujan’ pokok petai berkenaan adalah air kencing riang-riang kerana ia turun tidak henti-henti sejak tujuh hari lalu, malah makin banyak pada waktu malam.

Ada penduduk yang berkata dia sendiri tidak pasti sama ada air dari pokok petai yang turun seperti hujan renyai-renyai adalah air kencing riang-riang seperti didakwa.

“Jika air itu berpunca daripada kenc*ng riang-riang, kenapa rasanya payau dan adakah serangga berkenaan kencing 24 jam. Lagipun ramai yang minum kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, suasana kampung berhampiran pokok petai berkenaan tidak ubah seperti pasar malam sejak beberapa hari lalu berikutan penduduk mengambil peluang menjual makanan ringan.

Malah, ada juga membawa besen untuk menadah air dari pokok petai itu kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan tanpa menyedari ia berpunca daripada air kencing riang-riang.

Menurutnya lagi, fenomena yang sama pernah berlaku di Kg Pinang Raja, Lembah Tunggal, Kepala Batas , Pulau Pinang kira-kira 8 tahun yang lalu.
dan beliau juga hairan kenapa masih ada yang tertipu dan percaya perkara karut tersebut sedangkan kes yang sama pernah berlaku di negara kita sebelum ini.

(VIDEO)
Berikut adalah video yang dirakam pada siang hari mengenai tingkah laku reriang pada musim mengawan

Media arus perdana sejak beberapa hari lalu melaporkan penduduk Kampung Petani, Kota Bharu gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak beberapa hari.

Kemudiannya dikejutkan lagi apabila pokok petai bersebelahan turut mengalami perkara yang sama sehinggakan menjadi tular dan tumpuan penduduk sekitar dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan fenomena luar biasa tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.