(Video) Kadar Kematian COVID-19 Semakin Meningkat Kerana 3 Sebab -KP Kesihatan

Posted on

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan terdapat 3 sebab kematian akibat COVID-19 meningkat di Malaysia.

“Kadar kematian semakin meningkat adalah kerana satu, pesakit-pesakit kita berusia.

“Kedua kerana ada penyakit komorbid contohnya kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya.

“Ketiga, mereka datang pada peringkat agak lewat iaitu melibatkan pernafasan dan juga jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan 34 kematian direkodkan setakat ini, 55.6 peratus pesakit yang meninggal dunia berumur 60 tahun ke atas manakala 67.6 pesakit menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung.

Ujarnya, pesakit yang mempunyai penyakit kronik mengalami gejala dan komplikasi lebih teruk.

Justeru, beliau berpesan agar individu berisiko dan keluarga lebih berjaga-jaga dan memastikan ubat tidak terputus.

Perkhidmatan kesihatan masih diteruskan di semua fasiliti kesihatan Malaysia untuk temujanji rawatan susulan dan mendapatkan ubat-ubatan, tambahnya.

Sumber: KKM

Apple AirPods Pro Kini Boleh Didapati Pada Harga RM999

Apple telah pun menawarkan fon telinga nirwayar terbaru mereka Apple AirPods Pro sejak beberapa bulan lepas. Ia hadir ke pasaran tempatan pada harga RM1099. Menariknya, untuk tempoh terhad sehingga 31 Mac 2020 ini, pihak SenQ menawarkan diskaun sebanyak RM100, menjadikan Apple AirPods Pro ini boleh didapati pada harga RM999.

Apple AirPods Pro merupakan penambah-baikkan pada AirPods sebelum ini. Ia hadir dengan sokongan pembatalan bunyi hingar aktif, selain sokongan kalis air dan peluh.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan fon telinga nirwayar daripada Apple, mungkin boleh menyemak penawaran ini hari ini.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.