[VIDEO] “Mula2 I’m scared, mama…”- Elly Mazlein Terkejut Lihat ‘Posing’ Anaknya

Posted on

Pelakon, Elly Mazlein pada sabtu lalu sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang merupakan seorang cikgu, Mohamad Azlan Che Nuh.

Baru-baru ini, bukan hanya wajah suami saja dikongsikan oleh pelakon drama Kampung People ini namun wajah anaknya, Putri Sara Sefhia turut dikongsikan kepada peminat

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan seorang pengarah drama, Kak lina dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia empat tahun.

BACA : Pernah Gagal Dalam Perkahwinan, Ini Permintaan Elly Mazlein Buat Bakal Suami

Bagaimanapun, satu video dimuat naik menerusi laman Instagram telah mencuit hati peminat dan pengikut apabila dapat melihat gelagat comel anak Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom ini.

Kelihatan, anak Elly Mazlein sedang asyik posing ketika bergambar pada majlis malam berinai yang sedondon mengenakan busana songket berwarna biru gelap pada 17 Januari lalu.

“Mula2 I’m scared, mama… lepas tu dia nak lawan kite la posing… x menahan ek Putri Sara Sefhia mama ni… agitchuuu…” tulisnya di posting berkenaan.

Dalam pada itu, posting Elly Mazlein juga meraih lebih 80,000 tanda suka dan 860,000 tontonan yang rata-rata terhibur melihat kecomelan anak selebriti terkenal ini.

Tidak kurang juga, lebih seribu komen ditinggalkan peminat menerusi video berkenaan yang dapat dilihat juga reaksi lucu Elly Mazlein.

Kandungan

“Hahahaha so cute”

“Lawak la Kak Lina…”

Sumber: insta kak lina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.