PALESTINE – Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan tegas Kerajaan Malaysia tidak mengizinkan atlet Israel beraksi untuk Kejohanan Renang peringkat Antarabangsa yang dijangka berlangsung di Sarawak nanti, badan induk sukan tersebut iaitu IPC telah mengambil keputusan untuk membatalkan hak Malaysia untuk menganjurkan kejohanan tersebut.
Ia ekoran kenyataan media Perdana Menteri sebelum itu di Oxford, US dan penegasan sama diulangi di Austria meskipun mendapat kecaman dalam kalangan negara-negara yang pro-Israel.
Ia ditambah pula dengan kenyataan Menteri Luar, Dato Saifuddin Abdullah dan kenyataan terbaru Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman ketika wawancara Hard Talk bersama Channel antarabangsa, BBC dalam rancangan BBC Hard Talk.
Syed Saddiq pertahan tindakan Malaysia terhadap Israel
REAKSI PENDUDUK PALESTIN
Walaubagaimanapun, reaksi berbeza dipamerkan oleh penduduk Palestine khususnya di wilayah Gaza; sebuah wilayah yang sering dijadikan Israel sebagai sasaran serangan. “Rakyat Gaza berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas sikap berani menyokong Palestin dan mengharamkan atlet Israel memasuki Malaysia. Mereka mengangkat sepanduk dan kain rentang dengan menyatakan penghargaan buat Dr Mahathir, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. “, ujar salah seorang pemimpin Gaza.
sebelum itu tular sebuah video mengenai penduduk sekitar Masjid al-Aqsa yang menyambut tindakan Malaysia dengan mengibarkan bendera Malaysia dengan laungan takbir dan ucapan Syukran Malazi (Terima Kasih Malaysia ). (VIDEO) Laungan Takbir bergema saat bendera Malaysia berkibaran di Masjid al-Aqsa
Mengulas perkembangan itu, salah seorang pemimpin Hamas, Ahmed Abu Ayesh an Najjar juga merakamkan penghargaan bagi pihak penduduk Gaza dengan ucapan ”
”Terima kasih Malaysia. Kepada saudara-saudara kami di Malaysia, rakyat Palestin mempersembahkan tarian rakyat ‘Dahiya’ sebagai ucapan terima kasih kepada anda semua,” Sesungguhnya, Malaysia dan Palestin berpisah tiada