(VIDEO) Ustaz Azhar Idrus jelaskan Cara Mudah Nak Faham Bumi Bulat Atau Leper

Posted on

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat.

Pertamanya, kita pada akhir-akhir ini dihujani dengan isu yang sedang menular dikalangan masyarakat terutamanya disampaikan melalui media-media massa berkenaan isu bumi datar (flat earth). Hasil daripada carian kami menerusi media massa, kami melihat isu ini semakin hari semakin menjadi perbahasan dalam kalangan masyarakat.

Perbahasan ini secara langsung dibincangkan oleh masyarakat awam yang sebahagiannya menyokong dan sebahagiannya pula tidak menyokong berkenaan konsep flat earth ini. Ini membuktikan bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang terikat dengan keterbatasan.

Kefahaman manusia dalam memahami sesuatu perkara seperti alam sekitar adalah berbeza-beza kerana hanya terhad dengan apa yang disahkan oleh pancaindera terutamanya mata kasar.

Namun begitu, perkembangan dan evolusi ilmu sains dan teknologi telah banyak membantu manusia dalam memberi penjelasan yang lebih tuntas bagi kehidupan manusia, bahkan ia juga merupakan penyumbang di dalam sumber rujukan agama seperti penetapan hukum ke atas sesuatu perkara

Justeru, kita pada kali ini ingin dapatkan pencerahan yang jelas berkenaan dengan tajuk Polemik Flat Earth: Sisi Pandang Islam. Semoga pencerahan ini dapat meredakan kefahaman kita semua sehingga menemui satu natijah serta titik kebenaran berkenaan hakikat bentuk sebenar bumi

SIAPA YANG MULAKAN IDEA BUMI FLAT?

Gerakan yang membawa idea kononnya Bumi ini mendatar (Flat Earth) bukan lah suatu yang baru. Gerakan ini asalnya dimulakan oleh badan yang menggelarkan pertubuhannya sebagai Flat Earth Society yang berpangkalan di United Kingdom. Badan ini diasaskan pada 1956 oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Samuel Shenton. Kemudiannya, pertubuhan tersebut diketuai oleh Charles K Johnson. Johnson menjadikan California sebagai pusat rasmi pertubuhan tersebut.

Walaubagaimanapun, pertubuhan Flat Earth Society kemudiannya tidak lagi aktif setelah Johnson meninggal dunia pada tahun 2001

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pertubuhan ini dihidupkan untukk kembali aktif setelah Presiden barunya, Daniel Shenton memegang tampuk kepimpinan.

PUNCA FLAT EARTH SOCIETY MUNCUL

Punca Flat Earth Society muncul adalah kerana ada dalam kalangan individu percaya dengan beberapa hipotesis hasil kajian yang dibuat oleh sesetengah pengkaji sebelum. Salah seorang pengkaji bernama Samuel Rowbhotam telah mencetuskan hipotesis yang mendakwa bentuk asal muka bumi adalah mendatar; bukannya bulat atau spera sebagaimana yang dijelaskan ahli Sains selama ini.

Selain daripada pandangan mata kasar, Samuel juga percaya bumi mendatar berdasarkan beberapa ayat dalam Kitab Suci Bible yang menjelaskan bahawa kononnya bumi adalah terhampar. Beliau kemudiannya menghasilkan buku/pamplet 16 muka surat untuk membentang dan mengongsi hasil kajiannya kepada umum.
Kemudiannya, beliau membuat satu olahan terperinci dan menghasilkan sebuah buku Flat Earth yang mempunyai 400 halaman. Buku tersebut ialah Earth Is Not A Globe

RAMAI YANG PERCAYA

Ramai yang percaya dan terpengaruh dengan gerakan Flat Earth. Selain daripda individu biasa, ada juga beberapa selebriti turut percaya dengan idea tersebut.
Pada awal tahun lalu, seorang selebriti nasyid pernah dikaitkan dengan kepercaya bumi mendatar. Namun , beliau bagaimanapun disanggah oleh beberapa ilmuan termasuk ahli astronomi, ilmuan dan orang awam.

MASIH RAMAI TAK FAHAM

Pun begitu, kita juga tak dinafikan bahawa masih ada orang awam terpengaruh dengan gerakan ini. Ini kerana mereka berfikir berasarkan logik akal dan apa yang dilihat depan mata. “Tak mungkin bumi bulat, nanti mesti air laut dah tumpah”. Itu antara persoalan yang pernah mereka utarakan.

PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS YANG KORANG SENANG FAHAM

Bagi menjawab persoalan itu, Ilmuan Terkenal Negara, Ustaz Azhar Idrus pernah ditanya oleh seorang hadirin mengenai penjelasan terperinci mengenainya. Dalam kuliahnya beberapa hari yang lalu, Ustaz Azhar Idrus telah menjawab dengan bahasa mudah. Katanya, mustahil bumi mendatar kerana seperti yang kita tahu bahawa bumi tidak berpenghujung.

Beliau mengandaikan bumi itu sebagai sebuah smartphone. Untuk lebih lanjut, sila rujuk video di bawah

(VIDEO) BUMI BULAT KE LEPER? PENJELASAN UST AZHAR IDRUS UNTUK KORANG MUDAH FAHAM

Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.