Wabak koronavirus yang sedang melanda dunia sekarang ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan untuk mencegah daripada virus ini terus merebak.
Bagi medium pengangkutan awam, setiap pemandu akan mengesan suhu penumpang sebelum dibenarkan masuk bersama penumpang lain. Namun lain pula yang berlaku menerusi satu rakaman tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, pemandu bas berkenaan memberhentikan bas di bahu jalan bagi memberi ruang penumpang untuk naik dan turun.
Ketika pintu bas dibuka dan didapati seorang penumpang wanita itu naik ke atas, dan pemandu tersebut bertindak menghalakan ‘pistol’ ke arah penumpang tersebut.
Mungkin berasa cemas dan teracam, wanita berkenaan turun semula daripada bas tersebut.
Pun begitu, ‘pistol’ yang dimaksudkan bukanlah senjata api, namun ialah alat pengesan suhu haba yang digunakan bagi semua penumpang.
Rakaman itu yang dikongsikan di ruangan Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS telah mendapat reaksi positif daripada netizen yang terhibur.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS