(Video) Wanita Terkejut, Dakwa Siput Hidup Tiba-Tiba Keluar Dari ‘Vietnam Roll’

Posted on

Bila disebut sahaja ‘vietnam roll’ pasti ramai yang terliur membayangkan bahan-bahan seperti udang, ketam dan sayuran segar yang digulung bersama menggunakan rice paper.

Individu tersebut yang mendakwa membeli hidangan itu daripada seorang penjual terkejut apabila menyedari terdapat siput yang masih hidup ketika memotong vietnam roll itu dengan menggunakan sudu.

Menerusi video yang dikongsikan, siput berkenaan dilihat masih bergerak di atas pinggan dan berada dalam keadaan baik walaupun telah dibungkus bersama bahan-bahan lain-lain.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen merasa geli dengan hidangan istimewa tersebut dan menyelar peniaga yang tidak menjaga kebersihan.

Mungkin basuh salad sebiji terus

Gelinya ‘free’ siput babi

Terbantut selera

Sumber: Suhailla Az Zahra via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.