Hari ini bermulanya pendaftaran bagi kemasukan 2019 Institut Latihan Perindustrian seluruh Malaysia. Tetapi, sesi pendaftaran ini bertukar menjadi kecoh apabila tersebar rakaman video Timbalan pengarah ILP Pengkalan Chepa menerajang motosikal yang diletakkan dihadapan surau Institut tersebut.
Ada juga bungkusan bekalan pelajar di dalam bakul motor berselerak setelah di tendang timbalan pengarah tersebut. Semua yang berada di tempat kejadian hanya mampu menyaksikan kejadian tersebut. Berkemungkinan rata-rata yang berada disitu adalah pelajar yang baru sahaja selesai sesi pendaftaran mereka.
Kawasan itu juga adalah kawasan larangan meletak kenderaan, jika ini adalah sesi pendaftaran maka ini juga sesi perkenalan dengan timbalan pengarah disitu. Peristiwa ini juga tidak boleh dipandang remeh, pihak atasan patut memberi penjelasan mereka untuk yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan sejenis institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia.
Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.
sumber : facebook Nashreen Fahmi