Sesungguhnya ajal seseorang itu sudah ditakdirkan sejak azali lagi. Akan tetapi, pasti kita berasa sedih sekiranya ‘pemergian’ itu melibatkan insan yang amat disayangi. Sedih dan pilu, demikianlah gambaran yang dapat dilihat menerusi perkongsian pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ iaitu Wafariena Roslan menerusi Instagram (IG) Story baru-baru ini.
Kandungan
Allah bagi pinjam tak lama, baby comel sangat, sama macam muka akak…nanti Wafa cantikkan lagi pusara
Selebriti jelita tersebut itu meluahkan rasa sebak apabila kakaknya telah ‘pergi’ menghadap Ilahi selepas melahirkan seorang bayi lelaki. Dalam pada itu, aktres berkenaan menyatakan bahawa raut wajah si cilik tersebut seiras Allahyarhamah. Meskipun sedih di atas kehilangan, namun dia menganggap wanita ini hanya pinjaman sementara daripada Allah. Wafariena juga memuat naik foto pusara insan kesayangannya yang ditaburi dengan bunga hidup malah berjanji untuk mencantikkannya lagi.
Allahyarhamah sempat bagi nama untuk baby…mohon doakan yang baik-baik
Sementara itu, aktres berkenaan mendedahkan bahawa Allahyarhamah sempat memberikan nama kepada bayi lelakinya iaitu Isma Zafri Anaqi. Meskipun si cilik tersebut sedang menerima rawatan, namun Wafariena bersyukur kerana Isma sudah memberikan respon yang positif. Walau bagaimanapun, pelakon wanita ini turut memohon orang ramai agar mendoakan urusannya dipermudahkan.
Sumber: Instagram wafarienaroslan & kisah dunia