Wak Doyok Sah Sertai Parti Amanah Nasional (AMANAH)

Posted on

Siapa sangka Wak Doyok yang dulunya sering menghadiri acara parti Barisan Nasional (BN) rupanya seorang penyokong PAS. Namun terbaru, Wak berkongsi dirinya yang baru saja menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH).

“Saya baru sahaja menyerahkan borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa sehingga sebulan”

“Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti presidennya, Mohamad Sabu selain Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr. Dzulkefli Ahmad. Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu lagi”

Pernah digelar ‘lalang’ gara-gara menyatakan sokongan terhadap kerajaan sekarang, Wak menjelaskan kehadirannya di acara-acara BN dulu hanyalah memenuhi jemputan. Malah Wak menegaskan parti mana pun yang dipilih, itu adalah haknya sebagai rakyat Malaysia.

“Yang ada tidak berpuas hati, mereka sebenarnya tidak berhak pun untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti”

“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun daftar sebagai pengundi,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.