Wany Hasrita Mahu Beli Rumah Untuk Keluarga

Posted on

Setelah membesar disisi ibu bapa yang bercerai, Wany Hasrita bersyukur pencubaanya menjadi penyanyi menjadi selepas lagu berhantunya, Menahan Rindu terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebagai anak tunggal, Wany berhasrat membeli rumah sendiri buat keluarga yang tercinta.

“Alhamdulillah, saya mengaku bidang hiburan sangat membuka pintu rezeki saya. Malah, perjalanan saya dalam bidang ini dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar. Sedikit demi sedikit, ia menaikkan taraf hidup saya”

“Saya hanya nak bantu ibu. Kebetulan, ibu diberhentikan kerja. Lagipun, ibu dan ayah saya dah bercerai. Jadi, sebagai anak tunggal, saya perlu ambil tanggungjawab itu dan tak pernah rasa terbeban”

“Ibu tak perlu berterima kasih pada saya sebab pengorbanannya melahirkan dan membesarkan saya, cukup besar,” katanya kepada Sinar Harian mengenai hasratnya ingin membeli rumah sendiri untuk keluarganya.

Kalau diikutkan selebriti muda sekarang begitu bertuah kerana mempunyai platform yang mudah serta senang diterima peminat. Buat Wany, semoga hasrat murninya itu untuk menyara keluarga tercapai suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.