Wawa Zainal Bimbang Anak Hanya Tahu Sebut Empat Perkataan

Posted on

Apabila bercakap mengenai anak lambat bercakap, ramai terbayangkan pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya, tetapi sebenarnya masalah yang agak serupa turut dihadapi oleh Wawa Zainal. Menerusi Instagram, Wawa ada menyuarakan kerisauannya terhadap anak lelaki sulungnya yang masih tidak bercakap walau sudah berusia empat tahun.

Dalam perkongsian di media sosial, Wawa memberitahu anak sulungnya itu hanya tahu menyebut empat perkataan sahaja dan ia menimbulkan kerisauan beliau dan suami, Aeril Zafrel. Selain itu Wawa juga sempat bertanyakan pendapat dan pengalaman peminat yang mungkin ada masalah serupa.

Ruangan komen yang dipenuhi lebih daripada 600 komen itu turut mencadangan pasangan terbabit berjumpa pakar supaya dapat mengetahui masalah yang melanda anaknya. Ada juga yang menasihati pasangan itu supaya lebihkan masa bercakap dengan anak-anak supaya mereka dapat berinteraksi dan lebih kerap bercakap.

Siapa tak risau kalau mempunyai anak ada masalah bercakap. Apapun semoga Wawa tabah menghadapi dugaan ini, dan bertawakal mencari jalan penyelesaian. Terdahulu pasangan Scha dan Awal juga menghadapi masalah sama, dimana anaknya Lara Alana mempunyai masalah lambat bercakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.