SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengambil keputusan membatalkan penganjuran dua acara sempena sambutan Hari Keputeraan baginda.
Dua acara itu ialah Majlis Jamuan Teh serta Majlis Jamuan Negeri yang dijadualkan pada 24 dan 25 Mac ini.
Sultan Johor bertitah, keputusan itu dibuat demi rakyat kerana sedih melihat ada di antara mereka yang sengsara akibat pencemaran kimia di Pasir Gudang.
“Ramai yang terjejas kerana pencemaran bahan kimia akibat pihak tidak bertanggungjawab, malah ada yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sekolah masih ditutup.
“Saya membatalkan dua acara ini kerana tidak mahu berada di majlis yang meriah sedangkan ada rakyat yang masih menghadapi masalah dan menderita,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, dengan pembatalan acara itu, ia membolehkan petugas membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan memberi tumpuan pada kerja pembersihan sisa kimia di Sungai Kim Kim.
“Sebagaimana kita tahu, ramai petugas yang juga penjawat awam, pasukan keselamatan serta perubatan terbabit dalam operasi pembersihan dan saya amat menghargai komitmen serta dedikasi mereka.
“Saya berasakan adalah wajar untuk membatalkan acara ini demi rakyat dan pasukan petugas yang bekerja keras tanpa mengira waktu,” titahnya.
Menerusi halaman Sultan Ibrahim Sultan Iskandar :
SULTAN JOHOR BATAL DUA PROGRAM JAMUAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN, TITAH TUMPU PADA MANGSA DI PASIR GUDANG
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membatalkan penganjuran dua acara sempena Hari Keputeraan Baginda iaitu Majlis Jamuan Teh serta Majlis Jamuan Negeri.
DYMM Sultan Johor bertitah Baginda membuat keputusan itu demi rakyat kerana sedih melihat ada diantara mereka yang sengsara akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.
“Ramai yang terjejas kerana pencemaran sisa bahan kimia akibat dibuat pihak tidak bertanggungjawab, malah ada yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala sekolah juga masih ditutup.
“Saya membatalkan dua acara ini oleh sebab tidak mahu berada di majlis yang meriah sedangkan ada rakyat yang masih menghadapi masalah dan masih menderita” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (19 Mac).
Majlis Jamuan Teh itu dijadualkan berlangsung pada 24 Mac ini, manakala Majlis Jamuan Negeri pula sepatutnya diadakan pada 25 Mac.
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, dengan pembatalan acara itu, ia juga membolehkan petugas-petugas membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan bertumpu pada kerja-kerja pembersihan sisa kimia di Sungai Kim Kim.
“Sebagaimana kita tahu, ramai petugas yang juga penjawat awam dan juga pasukan keselamatan serta perubatan terbabit dalam operasi pembersihan dan saya amat menghargai komitmen serta dedikasi mereka.
“Oleh demikian, saya berasakan adalah wajar untuk membatalkan acara ini demi rakyat dan pasukan petugas yang bekerja keras tanpa mengira waktu,” titah Baginda Tuanku Sultan.
Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :
Bila hatinya ada pada rakyat, nak buat ape pun pasti akan memikirkan rakyat. tapi kalo rakyat xpernah ada dihatinye, mungkin ke batam hatinya pergi.
Beza antara sultan & MB..Daulat Tuanku
DAULAT TUANKU..MMG BERJIWA RAKYAT..
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Harian Metro