Impak kamera Polaroid kepada dunia fotografi masih dapat dilihat pada hari ini walaupun kita kini sudah berubah hampir sepenuhnya ke digital. Aplikasi Instagram mendapat inspirasi dari gambar empat segi filem dan ikon aplikasinya pula mirip kamera Polaroid. Syarikat Polaroid asal telah gulung tikar tetapi mereka kini kembali dengan kamera Polaroid Now,
BACA : Spesifikasi Huawei P40 Dan P40 Pro Tertiris Sepenuhnya
Polaroid Now mengekalkan rekaan klasik segera mereka tetapi dengan bucu yang lebih dibulatkan. Setiap kamera menggunakan fiem i-Type yang boleh mengambil lapan gambar dalam setiap katrij. Polaroid Now dilengkapi lensa yang mempunyai sistem autofokus dan juga flash. Dengan sekali caj, Polaroid Now boleh mengambil sehingga 15 katrij gambar.
BACA : Dell Mobile Connect Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Peranti iOS
Selain itu, melancarkan filem i-Type Black Frame dan i-Type Color Wave. Kedua-dua filem ini hadir dengan bingkai berwarna hitam dan pancar warna.
Ploaroid Now akan dijual pada harga $100 (~RM427) dalam pilihan warna putih, hitam, hijau, biru, kuning, merah dan oren. Katrij filem i-Type pula dijual pada harga $17 (~RM73). Pilihan
SUMBER : POLAROID
Huawei Mobile Services Kini Mempunyai Lebih 400 Juta Pengguna Aktif Bulanan
Huawei telah mula menggunakan HMS atau nama penuhnya, Huawei Mobile Services secara menyeluruh menggantikan Google Play Services pada telefon pintar mereka. Ia telah mula digunakan sejak pada peranti Mate 30 sebelum ini, dan ia diteruskan pada telefon pintar Huawei P40 yang dilancarkan semalam.
Menyentuh mengenainya, pihak Huawei kini mengumumkan yang mana Huawei Mobile Services mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Perkhidmatan HMS ini telah ditawarkan di lebih 170 buah negara – termasuk di Malaysia sendiri.
Perkhidmatan HMS ini meliputi sejumlah perkhidmatan Huawei, termasuk AppGallery, Huawei Music, Huawei Video, Huawei Cloud dan sebagainya.
Pada masa yang sama, Huawei turut mengatakan mereka mempunyai lebih 1.3 juta pembangun dan rakan kerjasama pada platform mereka hari ini.
Buat masa ini, HMS ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal. Tetapi, dengan perkembangan sihat ini, kita mungkin melihat banyak lagi aplikasi diterbitkan di platform berkenaan dari hari ke hari.