Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat menyarankan agar orang awam memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam terutama sekali tempat tumpuan orang ramai.
Hal ini kerana, peningkatan semula kes positif Covid-19 untuk beberapa hari ini membimbangkan KKM dan kerajaan Malaysia. Ketika PKP dan PKPB dilaksanakan kita sudah hampir berjaya memutuskan rantaian pandemik ini.
Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini mengeluarkan satu infografik tip pemakaian penutup hidung dan mulut untuk dijadikan panduan orang ramai.
Terdapat tujuh tip pemakaian pelitup muka untuk diamalkan:
- Hanya memakai dengan sekali sahaja
- Tidak meletakkan penutup mulut dan hidung di merata tempat
- Elakkan memakai di bawah dagu
- Elakkan menyentuh bahagian dalam dan luar
- Jangan berkongsi pakai dengan orang lain
- Tukar apabila telah lembap
- Dipakai tidak melebihi 8 jam
Pelitup muka 3 lapis hanya boleh dipakai sekali dan tidak melebihi 8 jam sekiranya bergejala. Bersama kita amalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka dengan betul dan jangan kongsi untuk membendung penularan COVID-19. #MinDefMalaysia #COVID19#KawalanKendiri#NormaBaharu pic.twitter.com/cJBDFEACNB
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) July 22, 2020
Mari sama-sama berganding bahu memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia dan mengamalkan norma baharu yang disarankan oleh KKM demi keselamatan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Buang jauh-jauh sifat pentingkan diri kerana sikap seperti itu tiada baiknya untuk kehidupan kita sendiri.
Sumber: MINDEF
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.