KUALA LUMPUR – Terbaru, Sebanyak 31 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius, berbanding 23 kawasan semalam.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi Malaysia (MET) setakat jam 4.45 petang tadi, menunjukkan empat negeri memasuki senarai baharu bagi status gelombang haba ketika ini.
Empat negeri itu melibatkan Melaka bagi kawasan Alor Gajah dan Melaka Tengah, Jelebu, Jempol, Rembau dan Port Dickson, (Negeri Sembilan), Kuala Krai, (Kelantan) dan Bayan Lepas, (Pulau Pinang).
KAWASAN BARU YANG TERLIBAT
Manakala, senarai kawasan baharu lain adalah Pulau Langkawi (Kedah) Selama dan Manjung, (Perak), dan Klang, (Selangor).
Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim, (Kedah) Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak), Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang), Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur kekal seperti mana semalam.
Foto : Kemaskini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia pada 4.45 petang, 19 Mac 2019
Dalam pada itu, PENDANG , Kedah kekal pada tahap dua iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak tiga hari lepas.
Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan sentiasa waspada khususnya dalam melakukan kegiatan dan aktiviti luar khusus kepada mereka yang berada dalam kawasan yang terlibat.
Hal ini kerana banyak kesan sampingan yang mampu memudaratkan tubuh badan manusia ekoran daripada cuaca panas yang melampau ini antaranya ialah str0k haba
APA ITU GEJALA SIMPTOM STR0K HABA?
• Suhu badan yang tinggi – Suhu badan teras 104 F (40 Darjah Celcius) atau lebih tinggi, yang diperoleh dengan termometer rektum, adalah tanda utama strok haba.
• Keadaan mental atau tingkah laku yang berubah – Kekeliruan, kegelisahan, ucapan yang tidak jelas, kerengsaan, kecemasan, kejang dan koma semuanya boleh disebabkan oleh penyakit panas.
Foto Sumber : iMedik Jordan
• Perubahan pada pola peluh – Haba yang disebabkan oleh cuaca panas akan menyebabkan kulit anda terasa panas dan kering dengan sentuhan. Sebaliknya, dalam keadaan panas yang disebabkan oleh senaman yang berat, kulit anda mungkin terasa lembap tetapi panas.
• Pening dan muntah
• Kulit kemerahan
• Pernafasan pantas dan cetek
• Kadar jantung pantas – Denyutan nadi anda mungkin meningkat dengan ketara kerana tekanan haba meletakkan beban yang besar pada jantung. Jantung berusaha gigih untuk menyejukkan badan
• Sakit kepala dan terasa kepala berdenyut.