Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online / Emel / Pos| Kemudahan yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat isu COVID-19 ini membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan.
Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat rasmi dari portal KWSP (rujukan).
Kandungan
- 1 Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2
- 2 PENGUMUMAN PENGELUARAN i-Lestari KWSP AKAUN 2 AKIBAT COVID-19
- 3 SYARAT-SYARAT PENGELUARAN i – Lestari
- 4 CARA-CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
- 5 PERMOHONAN SECARA ONLINE
- 6 PERMOHONAN MELALUI EMEL
- 7 PERMOHONAN SECARA POS
- 8 SOALAN-SOALAN LAZIM PENGELUARAN i-Lestari
- 9 Maklumat Lanjut
- 10 Kesimpulan
Cara Memohon Pengeluaran Wang KWSP i-Lestari Akaun 2
Pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan KWSP lebih awal mengikut jumlah had pengeluaran tertentu berdasarkan kelayakan meskipun belum mencapai umur persaraan.
Bagaimanapun, pengeluaran awal simpanan KWSP sebelum mencapai umur persaraan itu hendaklah mematuhi syarat-syarat dan kelayakan bagi jenis-jenis pengeluaran atau perkara yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan, cara-cara permohonan dan beberapa lagi maklumat lain mengenai permohonan ini:
PENGUMUMAN PENGELUARAN i-Lestari KWSP AKAUN 2 AKIBAT COVID-19
BACA :Cara Membuat Simpanan Peribadi di KWSP/i-Saraan
Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion
Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 tertakluk kepada:
- Kadar Maksimum RM500 sebulan
- Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN i – Lestari
- Merupakan warganegara Malaysia atau Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
- Berumur kurang daripada 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan
CARA-CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
PERMOHONAN SECARA ONLINE
- Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020
PERMOHONAN MELALUI EMEL
- Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik);
- Pendaftaran bermula 1 April 2020
- Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual
PERMOHONAN SECARA POS
- Pendaftaran bermula 1 April 2020
- Secara pos/ pos berdaftar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat
- Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual
NOTA:
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.
SOALAN-SOALAN LAZIM PENGELUARAN i-Lestari
BACA : Cara Daftar i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2, sila layari:
Kesimpulan
Semoga perkongsian kami mengenai Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan urusan anda dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 bagi membantu meringankan beban menghadapi kes COVID-19.
Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!
BACA : Cara Nak Semak Penyata KWSP Online (i-Akaun) Baki Terkini & Pengeluaran