Sering menerima mesej lucah dari netizen, Zizi Kirana meminta mereka membersihkan jiwa agar tidak melihat imej seksinya dengan fikiran kotor. Menurut Zizi, netizen perlu membetulkan hati mereka dulu sebelum mengkritik imejnya.
“Sebenarnya bukan pakaian saya bermasalah tetapi jiwa mereka. Sepatutnya mereka betulkan hati dahulu sebelum tegur imej saya. Jangan nak sakit jiwa sangat. Sampai sekarang pun saya masih diganggu dengan benda-benda lucah”
Sehingga kini Zizi mendedahkan beliau masih menerima kiriman mesej lucah dari netizen hingga ada yang meminta gambar payudaranya. Namun Zizi enggan mendedahkan identiti mereka kerana tidak mahu memalukan individu berkenaan.
“Budak-budak sekolah yang masih minta duit mak ayah untuk beli topup berani minta saya gambar payudara. Tetapi saya rasa tak perlu sampai nak dedahkan siapa mereka kerana tak mahu sampai memalukan”
“Tak dinafikan netizen kalau komen seolah-olah mereka maha benar, semua benda nak kritik. Pada saya lebih baik biarkan sahaja komen-komen itu. Kalau sekat pun akan ramai lagi yang komen bukan-bukan,” jelasnya.
Penampilan Zizi memang sering menjadi bualan netizen hingga ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan meminta yang bukan-bukan. Harap Zizi terus bersabar dengan perangai netizen yang sebegini.