Isteri Black Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted on

Tahniah buat Black dan isterinya kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua, hari ini pada jam 1.56 pagi (Khamis). Perkara tersebut dikongsikan penyanyi tersebut melalui akaun Instagram miliknya disertai dengan ucapan tahniah tidak henti-henti daripada peminat.

Menurut Black, bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 2.88kg itu dalam kini dalam keadaan baik dan sihat. Malah menambahkan kemeriahan lagi, kali ini Black bukan saja memuatnaik gambar, malah video tentang keceriaan anak pertama mereka, Dayyan menunggu kehadiran adiknya itu.

“Dayyan dah dapat adik!!! Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini,” kongsi Black di Instagram.

Apa pun, semoga segala urusan keluarga ini dipermudahkan. Ada Dayyan pun sudah riuh sekeluarga, ada adik baru ini, pastinya makin bertambah-tambah meriah,bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.