Isu sumbangan makanan percuma, wanita tampil mohon maaf

Posted on

Pemberi sumbangan yang juga pemilik produk kecantikan tampil memohon maaf berikutan hasratnya untuk mengagihkan makanan percuma terpaksa dibatalkan akibat berlaku kesesakan orang ramai yang berkumpul di hadapan pejabatnya di Bandar Baharu Tumpat hari ini.

Farhana Zahra berkata, agihan sumbangan makanan itu yang disasarkan kepada 300 penerima dihentikan serta-merta berikutan orang ramai datang di luar jangkaan dan tidak mematuhi arahan.

Baca : Dell Mobile Connect Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Peranti iOS

Katanya, dia sudah berpesan supaya orang ramai tidak berkumpul dan datang jam 2 petang untuk mengambil sumbangan itu, namun sebaliknya orang yang datang dalam jumlah yang sangat ramai bermula jam 12 tengah hari.

“Pembahagian dihentikan serta-merta sebab tak dengar arahan. Sebuah rumah datang sampai empat, lima buah motosikal. Arahan polis tak dengar, arahan Rela pun tak dengar.

“Agihan tidak dilakukan langsung dan apabila sampai di hadapan pejabat itu saya terus minta semua beredar,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Wanita berkenaan turut membuat permohonan maaf dan penjelasan secara langsung di laman sosial itu berhubung perkara berkenaan kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Baca : Orang ramai bersesak untuk makanan percuma

Katanya, dia hanya berniat untuk membantu golongan memerlukan yang tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac ini.

“Saya akui salah saya, saya jangka lain dan yang terjadi lain. Niat saya nak bantu pengikut saya yang susah mengejut pada waktu Covid-19 ini.

“Orang miskin lain mungkin dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat, tetapi yang susah mengejut ini tidak ada simpanan, tidak ada gaji. Saya faham macam mana orang tak ada makanan di rumah sebab tidak berduit. Apa-apa pun saya minta maaf kerana benda di luar jangkaan,” katanya.

Menurutnya, dia juga baru pulang dari luar negara dan diarahkan kuarantin selama 14 hari menyebabkannya membuat keputusan agar penerima mengambil sumbangan di pejabatnya.

“Saya hendak agih kepada 300 orang jadi tidak perlu keluar ke rumah mereka, namun perkara lain terjadi dan selepas ini tidak akan mengagihkan bantuan dengan cara ini.

“Sebelum ini saya ada buat pembahagian beras pada bulan puasa, tapi orang tidak ramai, jadi saya sasar macam tu juga orang yang hadir, tapi tak sangka musim ini terlampau ramai yang hadir,” katanya.

Baca : Redmi K30 Pro – Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Tambahnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Ramai yang WhatApps, ada yang telefon tanya, insya-ALAH, ALLAH Maha Mengetahui.

“Doakan yang baik-baik untuk saya diberikan rezeki yang melimpah ruah. Maafkan saya sebab niat saya tak menghalalkan cara,” katanya.

Join Telegram

Xiaomi Mi Smart Compact Projector Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1899

Bersama-sama pengumuman Redmi Note 9s untuk pasaran Malaysia, pihak Xiaomi turut mengambil peluang untuk memperkenalkan satu lagi produk dibawah ekosistem Xiaomi untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah projektor bersaiz kompak.

Dinamakan Mi Smart Compact Projector, menawarkan pancaran pada definisi 1080, 500 ANSI lumens, dan boleh dilaraskan untuk skrin bersaiz sehingga 120-inci.

Projektor ini turut hadir dengan Android TV 9.0 secara terbina, selain dilengkapi sokongan Google Assistant secara terbina.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan projektor ini pada harga RM1899 di Malaysia bermula 20 April kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.