“Jangan Fikir Orang Tak Bertudung Tu Kurang Agama..”- Ruhainies Tegur Individu Persoal Kekasih

Posted on

Bergelar seorang artis memang tidak mudah kerana sering sahaja menjadi tumpuan ramai dan itulah dihadapi oleh pelakon cantik, Ruhainies apabila dilaporkan sedih dengan sikap sesetengah netizen.

Mana taknya, menurut mStar Online, Ruhainies mengatakan ada terbaca komen dari netizen mengenai tindakan kekasihnya membacakan surah Yasin yang dikatakan surah terbabit hanya untuk orang yang sudah tiada.

“Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak m4ti ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kut0k. Jadi dari situ kita tahu betapa n4zak manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, ingat mereka baca surah itu hanya untuk orang nak m4ti atau sudah men1ngg4l dunia,”

Akui turut sedih. Ruhainies juga berkata bagi mengukur keimanan seseorang bukanlah dilihat menerusi pemakaian dan luaran penampilan sahaja.

Malah menurutnya lagi, tidak semestinya seseorang yang tidak menutup 4urat adalah kurang pengetahuan disaat berbicara tentang agama.

“Bila sentuh bab agama ni sangat sens1tif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup 4urat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah,” ujarnya.

Sebelum ini video pelakon Ruhainies kelihatan dilamar kekasihnya dikenali sebagai MR. E yang dimuat naik peminat menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai video itu.

Menurut adik kepada pelakon Risteena Munim ini, dia enggan mengulas video yang memperlihatkan seorang lelaki menyarungkan cincin di jari manisnya yang terseb4r pada Jumaat lalu

“Saya minta maaf kepada semua peminat. Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan atau komen mengenai video tersebut buat masa kini.

“Sebab video itu sebab orang lain yang kongsi di laman sosial Instagram bukannya saya sendiri,” kata Ruhainies kepada mStar Online.

Posted by Mia Kacangon Saturday, 20 October 2018

Ruhainies diminta mengulas video yang dimuat naik peminatnya dengan memberi bayangan pelakon itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen di video itu mahu kepastian pelakon kesayangan mereka sudah bersedia untuk berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini berharap peminat-peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

Kata Ruhainies, dia akan berkongsi berita baik pada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.

“Saya harap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah saya janji, saya akan kongsi berita gembira bila dah tiba masa yang sesuai,” ujarnya.

Sebelum ini, Ruhainies dikec4m gara-gara memuat naik foto berlatar belakangkan logo kereta mewah jenama Mercedes.

Netizen beranggapan Ruhainies seorang perempuan pemalas yang hanya tertarik kepada lelaki kaya.

Namun, Ruhainies tampil mempertahankan dirinya dan menegaskan dia bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya tanpa perlu mendapat kemewahan daripada seorang lelaki.

Foto: IG Ruhainies

Sumber : mstar via HCL

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.