Kamal Adli tidak menolak jika dijodohkan dengan Emma Maembong

Posted on

Biarpun status hubungan mereka kini hanya sebagai kawan sahaja, Kamal Adlitidak menolak jika dijodohkan dengan Emma Maembong. Kamal memberitahu, meskipun tiada lagi ikatan cinta antara mereka, namun mereka masih lagi berhubung seperti biasa.

Ujar Kamal lagi, buat masa ini masing-masing membawa haluan sendiri dan memikirkan tentang kesilapan dalam hubungan yang terjalin sebelum ini. Kamal juga mengakui dia masih lagi single dan belum lagi mempunyai teman pengganti.

“Mungkin ada perkara yang macam tak menjadi. Andai ada jodoh ALLAH tetapkan dengan dia, susah atau jauh, kalau ALLAH dah satukan, saya aminkan perkara itu. Saya hanya boleh berdoa dan tidak menolak dijodohkan dengan dia.

“Cuma dalam keadaan sekarang ini mungkin masing-masing tengah fikir fasal kesilapan atau buat haluan sendiri dahulu. Pun begitu kami masih berhubung macam biasa. Bahkan saya pun tak ada siapa-siapa dan tak silap saya begitu juga dengan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu apa yang sebenarnya berlaku antara mereka biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua dan turut meminta peminat untuk mendoakan yang baik-baik.

“Kami masing-masing tak letakkan harapan sebab tak mahu nanti sama-sama sakit balik. Lagipun, usia kami juga dah meningkat. Kalau ada apa-apa berlaku hanya kami berdua sahaja yang faham dan tak dedahkan cerita yang sebenarnya berlaku.

“Kalau tiada jodoh saya doa yang baik-baik sahaja dan saya nak orang ramai pun turut mendoakan yang sama,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.