Fenomena Lofattah pernah hangat diperkatakan dulu, sehingga kini pun masih ramai lagi peminat yang tidak boleh ‘move on’ dengan perpisahan mereka. Baru-baru ini pula timbul gosip mengatakan Fattah Amin dan Fazura telah selamat bernikah secara rahsia di kediaman nenek Fazura.
Sebagai wanita yang pernah dikaitkan bercinta dengan Fattah suatu ketika dulu, pasti ramai yang ingin reaksi Neelofa pada ketika ini. Bagaimanapun seperti sudah dijangka, Neelofa enggan komen lanjut mengenainya. Reaksi yang dilemparkan hanya meletakkan jari di bibir tanda kunci mulut.
Mendengar respon Neelofa seumpama itu, ramai mendakwa Neelofa berasa kecewa dengan berita pernikahan Fattah dan Fazura yang bertiup kencang beberapa hari ini. Biarpun masih tiada kata sahih dari pasangan merpati dua sejoli itu, namun banyak sumber menyatakan kebenaran yang tersebar.
Bagaimanapun reaksi Neelofa kepada sebuah akhbar tempatan mengenai perkara itu mencetuskan rasa marah pelakon itu. Menerusi Instastory, Neelofa menghentam tindakan wartawan akhbar terbabit yang dianggap memutar belit kenyataannya mengenai isu pernikahan Fattah.
Apapun mungkin ada sebabnya Neelofa mengunci mulut mengenai perkara itu, yang jelas lagi nyata sudah berakhir. Bak kata orang, dari bercakap benda yang menyakitkan orang dan hati sendiri, lebih baik berdiam diri.
sumber : Karipedas
Jangan sedih Neelofa, patah amin tak de, jangan patah hati, Batang Aming ada kat sini!