Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi permohonan baru dan rayuan akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula pada 15 hingga 20 Mei 2020.
Dalam pada itu, pembayaran akan dilakukan secara sekaligus, merujuk hebahan daripada Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) menerusi halaman Facebook semalam.
BACA: Semak Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dan Kadar Zakat 2020 Ikut Negeri
Sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian 03-8911 1000.
Sila rujuk juga berkenaan soalan lazim di pautan berikut;
Sumber: MyGCC