Sabtu lalu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Terengganu dan Perak. Menariknya Zizan Razak sempat membuat ‘pickup line’ buat teman tapi mesranya, Mira Filzah yang merupakan orang Perak.
“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman. Hanya orang beriman sahaja selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you tersenyum. Tahniah buat pasukan Perak. Terengganu kita cuba lagi tahun hadapan, InsyaAllah,” tulisnya.
Melihatkan gurauan Zizan, apa lagi ramai peminat cair hati dengan kata-kata ‘sweet’ itu dan menyifatkan pelawak itu sebagai seorang jejaka yang romantis dan mengharapkan pasangan itu cepat-cepat bernikah.
Tidak kurang juga, peminat dari kedua negeri tersebut juga masuk memberikan komen dengan telatah Zizan yang mengusik Mira. Terdahulu Perak telah dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas sepakan penentuan penalti.