Seorang bapa menjual kereta kesayangan demi membesarkan dua anak tiri, setelah 40 tahun ini yg terjadi

Posted on

Sesetengah ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dan membesarkan anak-anak. Kadangkala, anak-anak itu bukan pun dari darah daging sendiri, tetapi mereka tetap memberikan kasih sayang dan melakukan banyak pengorbanan.

Janis Higgins masih kecil ketika dia bertemu dengan seorang lelaki yang diperkenalkan oleh ibunya dan tidak lama kemudian menjadi bapa tirinya. Bapa tiri Janis seorang yang amat penyayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Demi membesarkan Janis dan adik lelakinya, bapa tiri ini telah menjual kereta kesayangan, Corvette Stingray berwarna hijau keluaran tahun 1973.

40 tahun kemudian, Janis yang merupakan seorang usahawan berjaya di Austin, Texas telah mengambil keputusan untuk membalas jasa bapa tirinya yang sanggup melepaskan kereta kesayangan demi membantu meringankan perbelanjaan keluarga. Dengan bantuan ahli keluarga Higgins yang lain, Janis telah merancang satu kejutan memberi hadiah untuk bapa tiri yang disayanginya.

Dalam satu rakaman video, Janis dan bapa tirinya bersama ahli keluarga yang lain sedang berjalan di satu tempat letak kereta yang lapang apabila bapa Janis terlihat sebuah kereta Corvette Stingray berwarna hijau. Dia menjadi sangat teruja dan mendekati kereta itu sambil menceritakan yang dia pernah memiliki kereta dengan model yang sama ketika anak-anaknya masih kecil.

Sambil menceritakan sejarah kereta itu bersama memori indah dan gembira ketika memilikinya, Janis yang sedang khusyuk mendengar kemudian memanggil bapanya dengan meminta supaya bapanya ini melihat nombor plat di kereta itu yang tertulis “YDHT” (You Don’t Have To) yang bermaksud ‘Ayah tidak perlu berkorban lagi’. Janis menjelaskan maksud nombor plat kereta itu sambil berkata, “Ayah tidak perlu berkorban untuk kami lagi, ambil kunci kereta ini!”

Bapa Janis menjadi terpegun buat seketika kerana terkejut. Perasaannya tiba-tiba menjadi sebak dan secara spontan dia memeluk Janis dengan erat sambil menciumnya dengan kasih sayang.

Janis berkata kepada bapa tirinya, “Kereta ini untuk ayah, saya sangat sayang ayah!” Bapa tiri ini menjadi amat sedih dan tersentuh mengenangkan betapa anak tirinya tidak pernah lupa akan pengorbanan yang pernah dilakukannya selama 40 tahun.

Janis dan bapanya kemudian telah menaiki kereta itu bersama-sama. Akhirnya kereta klasik Corvette Stingray keluaran 1973 berwarna hijau telah kembali ke tangan pemiliknya yang telah banyak berkorban demi membina keluarga bahagia.

Dan bapa penyayang ini sememangnya berhak untuk menikmati impian dan kebahagiaannya kembali.

Lihat video menyentuh hati ini di bawah.

Sumber : erabaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.