Gaji Bawah RM2k, Wanita Kongsi Tips Kumpul RM19k Duit Kahwin Dalam 6 Bulan

Posted on

Siapa cakap gaji bawah RM2,000 tak boleh menyimpan sehingga RM19,000 dalam tempoh yang singkat? Ianya tidak mustahil dan wanita ini telahpun membuktikannya.

Dilamar suami pada Februari 2019, Nurrul Shahfika Ahmad hanya memiliki simpanan sekitar RM3,000. Namun, wanita ini berjaya menyimpan sehingga lebih RM19,000 menjelang perkahwinannya pada September lalu.

“Bila kita niat nak buat baik, Allah permudahkan semudah-mudahnya urusan kita. Suami saya lamar saya pada Februari 2019 ketika simpanan saya sekitar RM3,000 sahaja tetapi saya berjaya menyimpan sehingga RM19,000 sendiri,” katanya.

Berikut adalah 15 tips murah rezeki dikongsikan Shahfika untuk anda semua amalkan.

Amalkan mathurat, jaga solat, doa

Belanja ahli keluarga

Kawal nafsu, buat perancangan kewangan

Buat baik dengan haiwan, positif

Sentiasa bersyukur, sedekahkan al-Fatihah untuk ibu bapa

Derma, solat sunat

“Aku gaji sebenarnya tak sampai RM2,000 pun tapi tulah aku kata. Allah Maha Pemurah. Tiba-tiba ada insentif lah, ada kerja tepi lah, orang minta tolong lepas tu bagi upah, bonus tetiba lebih, tetiba ada orang belanja makan jadi boleh potong perbelanjaan harian. Semua tetiba. Rahmat!”

Sumber: ShahfikAhmad

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.