Digelar bintang porno kerana penampilannya yang seksi, Zizi Kirana tidak mahu ambil pusing dengan kecaman dan label yang diberikan kepadanya. Jelasnya beliau selesa berpakaian seperti itu, ibunya juga tidak pernah menentang.
“Apabila mereka melihat dari sudut negatif, memang negatiflah jadinya. Suka hatilah mereka dengan tafsiran imaginasi sendiri melihat. Saya tidak peduli dan tidak pasti apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan dengan melabel saya”
Malah kata Zizi, beliau juga tidak pernah terfikir mahu menutup ruangan komen walaupun mendapat pelbagai kecaman kerana menganggap ‘haters’ ini seperti virus yang akan tetap merebak walau dihalang.
“Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini. Tidak terfikir langsung sampai nak tutup ruangan komen walaupun saya banyak mendapat komen negatif. Biarlah mereka sesuka hati meninggalkan apa saja komen”
“Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen-komen sebegitu memang akan merebak ke mana-mana,” katanya.