kucing show kelantan

CAT SHOW DI KELANTAN MERIAH

Posted on

Sempena sambutan Hari Kucing Sedunia. Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) serta. UMK Business Venture dengan kerjasama Pusak Pethouse menganjurkan pertandingan kucing Fabulous Fun Cat Show Kelantan 2022. di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 6 Ogos 2022.

Program julung kali diadakan ini berlangsung meriah. Dengan kehadiran lebih 500 pengunjung serta peminat-peminat kucing untuk menyertai beberapa kategori pertandingan. Seperti pakaian kucing cantik, pertandingan kucing baka peliharaan, jualan makanan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

kucing show kelantan

Turut diadakan ceramah Asas Penjagaan Kucing oleh Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) UMK, Dr. Nur Zulaikha Mat Nawawi.

SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN kucing show kelantan

Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi Dan Pascasiswazah), Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan UMK, Dr. Ahmad Fahme Mohd. Ali berkata, program kali ini menerima sambutan luarbiasa apabila lebih 120 penyertaan telah diterima untuk menyertai pertandingan kucing mengikut ketagori masing-masing.

Wetfood murah DISINI

Katanya, program ini merupakan sebuah program libatsama komuniti melalui penganjuran acara pertandingan kucing. Dimana kehadiran begitu ramai peminat-peminat kucing yang hadir ke UMK Kampus Kota untuk menyaksikan pertandingan pertama kali anjuran FHPK ini.

Penganjurannya bukan sekadar untuk mempertontonkan kucing semata-mata. Tetapi program ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap haiwan seperti kucing peliharaan contohnya menambah pengetahuan tentang penjagaan kucing.

“Selain itu, program sebegini boleh menambah kenalan dan rangkaian kepada orang ramai yang mempunyai hobi memelihara haiwan. Selain mempromosikan baka kucing kepada orang ramai, bertukar pendapat dengan breeder dan meluaskan pengalaman, ilmu tentang penjagaan dan merawat kucing.

“Peserta juga didedahkan tentang kriteria utama penilaian dalam sebuah pertandingan cat show. Sekaligus memupuk semangat cintakan kucing dan menjauhkan sifat menganiaya kucing,” katanya.

KITTEN LONG HAIR : TIFFANY JUARA

Sementara itu, pemenang kucing terbaik kategori Kitten Longhair dan Best In Show, En. Shamsul Izham, membawa balik hadiah wang tunai RM1,000 bersama piala, riben kejuaraan dan hadiah iringan.

Beliau tidak menyangka kucing baka Scottish Fold Longhair, Tiffany, berumur 7 bulan berjaya menarik perhatian juri dan diumumkan sebagai kucing terbaik.

“Saingan agak sengit kerana kucing lain yang dipertandingkan tidak kurang hebat, cantik dan berkualiti tinggi.
“Penyertaannya ke Cat Show di Kelantan sebenarnya adalah untuk memperkenalkan baka kucing jenis Scottish Fold kepada rakyat Kelantan di mana kebanyakan mereka sangat jarang atau tidak pernah melihat baka jenis Scottish Fold atau boleh dikenali juga sebagai Highland Fold,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran pertandingan kucing oleh FHPK, UMKBV dan Pusak Pethouse sangat baik kerana dapat memperkenalkan pelbagai jenis baka kucing yang terdapat disekeliling kita.

“Terima kasih buat pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan pertandingan kucing yang menarik dan berjalan lancar,” katanya. Dia turut memiliki 30 ekor kucing daripada baka Persian, Exotic, Scottish Fold, Maine Coon, Ragdoll dan juga Golden British.

KOS PENJAGAAN BULANAN

Menurut En. Shamsul, kos penjagaan kucing peliharaan untuk makanan, rawatan termasuk rumah, bil air dan elektrik dan shampoo mandian boleh mencapai lebih RM8,000 sebulan manakala penjagaan kucing-kucing berbaka terutama yang berbulu panjang perlulah berada di dalam bilik berhawa dingin 24 jam.

“Terdapat tiga biji pendingin hawa dibuka 24 jam yang disediakan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat dan selesa di bawah penjagaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik Pusak Pethouse, Pn Nur Hidayu Abdul Rahim berkata, pertandingan kucing seperti ini dapat memupuk masyarakat supaya lebih cintakan haiwan peliharaan tidak kira sama ada kucing atau haiwan-haiwan yang lain.

baca juga Kisah Lucu Kucing dan Burung Tarik Perhatian

“Pertandingan kucing seperti ini bukanlah untuk kucing berbaka sahaja, tetapi kucing kampung, dan kucing jalanan yang dikutip juga boleh menyertainya. Jika diberi penjagaan yang betul, tidak kira kucing berbaka ataupun kucing jalanan, ianya akan berada dalam keadaan yang sihat, bersih dan cantik.”

“Ianya juga dapat memberi kesedaran kepada pengunjung dan peserta apabila sambil pertandingan berlangsung, doktor veterinar juga di jemput oleh pihak penganjur dalam memberi tips penjagaan kesihatan kucing yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.